PAM BERGERAK

                       

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN PAM BERGERAK SERTA KELENGKAPAN YANG BERKAITAN KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Projek membekal, menghantar, menguji dan mentauliahkan lima belas (15) unit pam bergerak serta kelengkapan yang berkaitan ini telah di uruskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) di bawah kelolaan Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP). Unit pam bergerak ini akan di hantar ke 5 lokasi IADA iaitu Seberang Perak, Kerian, Pulau Pinang, Rompin dan Pekan. Enjin Yanmar dan Pam Regaline telah dipilih berdasarkan spesifikasi yang diberikan, dan juga berdasarkan pengalaman, prestasi dan kualiti.

Ini dibuktikan dengan keputusan ujian yang sangat positif dilakukan di BPME JPS.

Pihak MOA telah mengarahkan projek ini disiapkan dengan segera (10minggu berbanding 20 minggu); dan pihak kontrator telah berjaya menyiapkan kesemua limabelas (15) unit siap hanya dalam masa 9 minggu berserta kelengkapan dan aksesori berkaitan seperti paip, “flexible hose”, paip “bend” (elbow) dan “foot valve”. Kejayaan ini dapat dicapai dengan sokongan, bantuan dan kerjasama semua pihak terutamanya pihak BPSP (MOA), BPME JPS, pembekal dan “project team” Kejuruteraan Elmek Sdn Bhd.

 

 

2016 KEJURUTERAAN ELMEK SDN BHD
All rights reserved. No part of this document may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted in any form or by any means (electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise) without the permission of the copyright owner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *